September 17, 2019

Harap

Bodohnya aku berharap,
Menanti jalan kita kau garap.
Kau tak endahkan cinta yang terpatri di hati,
Sedang kau tahu kau sudah lamaku nanti.
Hatiku patah, terbelah..
Dan kau masih begitu,
Melihat aku dengan pandangan yang membatu.

Tiada guna segala puisi kuuntai.
Hubungan ini juga tak sudi kau rantai.
Rasa apa yang patutku rangkul?
Jika tingkahmu bertindak meluka,
Tetapi aku terpujuk dengan senyumanmu yang langka.

Aku merindumu.
Dan aku tak mahu kita bertemu.



Harap

Bodohnya aku berharap, Menanti jalan kita kau garap. Kau tak endahkan cinta yang terpatri di hati, Sedang kau tahu kau sudah lamaku nanti...