June 21, 2019

Bebenang Merah

Takdir membawa kita kemari.
Seperti tahu saja
Bahawa aku merindukanmu.
Dan kita bertemu dimuka pintu.
Tubuh terpaku dan membatu,
Serta lidah kelu.
Kita saling menatap.
Terkejut.
Perlahan hangat itu mengalir di dadaku.
Manis yang ingin ku kikis,
Menjalar disegenap urat.
Dan kau,
Hilang kata,
Menatapku terus ke anak mata.
Hatiku terusik.
Jelas sekali rasa itu ada,
Dan matamu tidak boleh menipuku.

Apa jemari aku dan kamu dililit kemas,
Dengan bebenang takdir?
Kita masih kabur.

Harap

Bodohnya aku berharap, Menanti jalan kita kau garap. Kau tak endahkan cinta yang terpatri di hati, Sedang kau tahu kau sudah lamaku nanti...